Permata Raja Kayu berbentuk bujur dan bulat. Berukuran sederhana dan kecil . Licin dan berkilat. BUKAN kilatan Varnish. Diperhalus dan dilicinkan dan digilap menggunakan tangan dan proses-proses yang tertentu untuk menaikkan lagi seri permukaan permata kayu ini.
Permata Raja Kayu ini yang telah siap dibentuk, boleh diikat pada cincin (untuk lelaki) atau dibuat loket (untuk perempuan). Sebaik-baik ikatan, gunalah logam Perak. Ada kelebihannya, dan cantik bila dipakai. Boleh juga mengikatnya menggunakan logam "Stainless Steel" atau suasa. Ia Cantik dan tahan karat.
Keistimewaan yang utama, ada pada Raja Kayu adalah, ia berupaya untuk menawarkan Racun dan Bisa yang terkena disebabkan oleh binatang atau buatan orang(sihir). Untuk mendapatkan Raja Kayu ini adalah amat sukar dan harganya dipasaran adalah tinggi.
Raja Kayu juga dipercayai boleh menghindarkan kita daripada binatang buas atau haiwan liar. Haiwan liar ini akan menjauhkan diri daripada pemakai Raja Kayu ini disebabkan oleh aura yang tidak dapat dijelaskan.
Dari segi Ghaib nya pula, ia dipercayai boleh mengelakkan diri pembawanya daripada terkena Sihir, Waallahuallam.
Raja Kayu merupakan khazanah alam yang banyak khasiatnya. Kayu ini mempunyai nilai estetika yang tinggi, dengan kecantikan luarannya yang menarik selepas dihaluskan dan dilicinkan. Jika dibakar ia tidak akan terbakar. Ia hanya akan meleleh seperti minyak. Kayunya telus cahaya. Jika disuluh cahayanya boleh tembus walaupun kayu tersebut dipotong tebal. Raja Kayu ini akan sentiasa tenggelam kedalam air biarpun dipotong senipis dan sekecil duit syiling 1 sen. Serbuk kayu ini, jika disapukan pada kulit, ia akan meresap ke dalam badan. Sungguh indah ciptaan Allah ini.
Khasiat:
- Penawar Racun
- Penawar Bisa
- Menjauhkan diri daripada haiwan liar
- Mengelakkan Terkena Sihir(Terdapat amalan bacaan ayat Al-Quran, Zikir dan Doa yang perlu diamalkan).
*banyak lagi kelebihan Raja Kayu ini yang tidak dapat dijelaskan di ruangan ini. Kepada sesiapa yang tahu mengenainya, tentu jelas akan khasiat dan kelebihannya kepada individu yang memilikinya. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, carilah didalam internet ini atau bertanyalah kepada orang-orang yang tahu akan nilai Raja Kayu ini.
Anda boleh membuat pesanan melalui pautan PayPal melalui laman berikut: