Wednesday, July 11, 2012

PERIHAL RAJA KAYU

Oleh Shahrullizan Rusli PORT DICKSON, 24 Okt (Bernama) -- Raja Kayu yang hanya boleh diperoleh dari hutan-hutan pedalaman di Malaysia sebenarnya mempunyai keunikan dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Seorang pembuat cincin yang juga pakar kayu, Badrulhisham Abdullah, 43, berkata, kayu yang diberi nama Raja Kayu ini mempunyai keajaiban yang boleh dibuktikan "in situ" di hadapan para pembeli kayu atau cincinnya. "Kalau kayu Kokka dari negara Arab, kita cuma dengar khasiatnya dari mulut penjual atau kenyataan-kenyataan dari dalam internet tetapi ia tidak dapat dibuktikan, berbeza dengan Raja Kayu," katanya ketika ditemui Bernama pada satu eskpo di sini baru-baru ini. Beliau sendiri hairan dengan sikap masyarakat Melayu yang tidak pernah mencari kehebatan pada kekayaan hutan rimba sendiri tetapi lebih percaya dari cerita mulut ke mulut yang dibuat untuk mengagungkan produk dari luar negara. "Hebat tidak hebatnya kayu dari hutan kita, perhatikan sahaja masyarakat Orang Asli yang jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan," katanya. CAHAYA TEMBUSI KAYU Kayu Kokka didakwa menjadi bahan untuk membina bahtera Nabi Nuh, namun nama kayu itu sendiri sebenarnya tidak pernah dinyatakan dalam al-Quran. Pemberita sendiri terpukau melihat keajaiban Raja Kayu itu apabila cahaya dari lampu suluh mampu menembusi kepingannya yang agak tebal sedangkan ujian yang serupa gagal apabila dibuat ke atas kayu lain yang lebih nipis termasuk Kokka. Raja Kayu juga membuktikan keistimewaannya yang tersendiri apabila penulis meletakkan Raja Kayu bersaiz satu sen (sangat ringan) ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu. Ujian ketiga dibuat apabila serbuk Raja Kayu digosokkan ke lengan seorang pelanggan, serbuk kayu dari Raja Kayu yang boleh bertindak sebagai ubat itu digosok dengan perlahan sehingga serbuk itu meresap ke dalam kulit pelanggan itu, perkara yang tidak mungkin berlaku pada serbuk kayu lain. Katanya, selain pergi mencari sendiri, Raja Kayu dibekalkan kepadanya oleh orang-orang Asli yang menetap di Batu 12, Gombak. POPULAR DI KALANGAN PELANCONG Pembuat cincin keturunan Cina itu juga merupakan Pegawai Pemasaran untuk Koperasi Asli Selangor Berhad di Gombak berkata, cincin tembaga yang bertakhtakan Raja Kayu sangat popular di kalangan pelancong asing. Mereka hanya mampu mengucapkan, "Oh my God, Oh my God", selepas menyaksikan demonstrasi Raja Kayu yang dibuat oleh Badrulhisham. Beliau yang belajar membuat cincin melalui mimpi selepas jatuh sakit sejak tujuh tahun lepas, tidak menggalakkan orang Islam untuk mempercayai perkara-perkara yang syirik dalam cincin. "Bagi saya cincin sama ada dari kayu atau batu hanyalah satu aksesori. Kalau ada yang percaya ia boleh melindungi pemakainya dari sihir, itu hanyalah satu petua daripada kepercayaan orang dan hanya berlaku dengan izin Allah", katanya. Beliau menolak sama sekali jika ada pembeli yang meminta beliau membentuk cincin yang mengandungi unsur-unsur khurafat walaupun ditawar dengan harga yang tinggi. CINCIN KAYU SEMAKIN POPULAR Setiap bentuk cincin yang dijual mampu mendatangkan perolehan antara RM80 dan RM350 sebentuk kepada Badrulhisham. Secara purata, beliau memperoleh pendapatan antara RM3,000 dan RM10,000 sebulan sedangkan beliau hanya mengambil masa selama setengah jam untuk membentuk sebuah cincin. Katanya, harga ditentukan melalui kesukaran untuk memperoleh bahan membuat cincin itu, teknik membuatnya dan unsur kesenian serta keunikan yang ada pada cincin itu. Beliau juga memberitahu, cincin yang bertakhtakan kayu kini semakin popular menyamai cincin yang menggunakan batu. Badrulhisham berhasrat untuk mempopularkan hasil hutan rimba Malaysia terutama kayu-kayan dan keunikan penghuninya iaitu Orang Asli. ANUGERAH ANTARABANGSA Sambil menunjukkan ukiran kayu "Harimau Berantai", beliau menyatakan, ukiran Harimau Berantai amat memukau dunia barat dan dunia pengukiran kayu apabila pengukir terbabit dari kalangan Orang Asli mampu membentuk seekor harimau dengan mempunyai bola kayu di dalam mulutnya serta rantai yang selang berkait hanya dari setongkol kayu. "Tidak ada teknik potong atau gam di dalam ukiran Harimau Berantai. Ia menang anugerah antarabangsa pada Pertandingan Kraf Sedunia, Bangkok, pada lapan tahun lepas," katanya. Ukiran itu dijual pada harga RM5,000 dan Badrulhisham menjangkakan harganya akan melonjak kepada RM25,000 beberapa tahun lagi kerana pengukirnya sendiri sudah sangat tua dan tidak ada penyambung dari generasi pengukir itu seterusnya. Ukiran Harimau Berantai boleh dilihat pada laman web Koperasi Asli Selangor Berhad. -- Petikan dari BERNAMA

Friday, June 25, 2010

Permata Raja Kayu untuk Cincin

Permata Raja Kayu berbentuk bujur dan bulat. Berukuran sederhana dan kecil . Licin dan berkilat. BUKAN kilatan Varnish. Diperhalus dan dilicinkan dan digilap menggunakan tangan dan proses-proses yang tertentu untuk menaikkan lagi seri permukaan permata kayu ini.

Permata Raja Kayu ini yang telah siap dibentuk, boleh diikat pada cincin (untuk lelaki) atau dibuat loket (untuk perempuan). Sebaik-baik ikatan, gunalah logam Perak. Ada kelebihannya, dan cantik bila dipakai. Boleh juga mengikatnya menggunakan logam "Stainless Steel" atau suasa. Ia Cantik dan tahan karat.

Keistimewaan yang utama, ada pada Raja Kayu adalah, ia berupaya untuk menawarkan Racun dan Bisa yang terkena disebabkan oleh binatang atau buatan orang(sihir). Untuk mendapatkan Raja Kayu ini adalah amat sukar dan harganya dipasaran adalah tinggi.

Raja Kayu juga dipercayai boleh menghindarkan kita daripada binatang buas atau haiwan liar. Haiwan liar ini akan menjauhkan diri daripada pemakai Raja Kayu ini disebabkan oleh aura yang tidak dapat dijelaskan.

Dari segi Ghaib nya pula, ia dipercayai boleh mengelakkan diri pembawanya daripada terkena Sihir, Waallahuallam.

Raja Kayu merupakan khazanah alam yang banyak khasiatnya. Kayu ini mempunyai nilai estetika yang tinggi, dengan kecantikan luarannya yang menarik selepas dihaluskan dan dilicinkan. Jika dibakar ia tidak akan terbakar. Ia hanya akan meleleh seperti minyak. Kayunya telus cahaya. Jika disuluh cahayanya boleh tembus walaupun kayu tersebut dipotong tebal. Raja Kayu ini akan sentiasa tenggelam kedalam air biarpun dipotong senipis dan sekecil duit syiling 1 sen. Serbuk kayu ini, jika disapukan pada kulit, ia akan meresap ke dalam badan. Sungguh indah ciptaan Allah ini.

Khasiat:

- Penawar Racun

- Penawar Bisa

- Menjauhkan diri daripada haiwan liar

- Mengelakkan Terkena Sihir(Terdapat amalan bacaan ayat Al-Quran, Zikir dan Doa yang perlu diamalkan).

*banyak lagi kelebihan Raja Kayu ini yang tidak dapat dijelaskan di ruangan ini. Kepada sesiapa yang tahu mengenainya, tentu jelas akan khasiat dan kelebihannya kepada individu yang memilikinya. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, carilah didalam internet ini atau bertanyalah kepada orang-orang yang tahu akan nilai Raja Kayu ini.

Segala apa yang dicipta oleh Allah ada kegunaan dan kelebihannya. Apa yang penting, Akidah dan Iman kita perlu dipelihara agar tidak terpesong dari jalan Islam. Apa yang ada pada kayu ini cuma kelebihan yang Allah ciptakan. Yang menjadikan ia semua berlaku adalah Allah.

Anda boleh membuat pesanan melalui pautan PayPal melalui laman berikut:

Thursday, June 24, 2010

Bagaimana Membuat Pesanan Permata Raja Kayu


HARGA PRODUK PERMATA RAJA KAYU

1. Kod BK: Bulat Kecil - RM50.00
2. Kod BB: Bulat Besar - RM60.00
3. Kod JB: Bujur Besar - RM80.00
4. Kos Hantaran - RM05.00

Bagaimana Langkah Pesanan anda disempurnakan:

1. Sila emailkan sebarang pertanyaan ke alamat e-mail:



2. Anda boleh membuat pesanan melalui PayPal.

3. Jika tidak mempunyai akaun PayPal sila hubungi saya untuk pilihan cara pembayaran.


4. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-5 hari melalui POSLAJU / KURIER setelah bayaran diterima

5. Jika tidak berpuas hati, produk boleh dikembalikan untuk di TUKAR dengan kos penghataran ditanggung oleh Pembeli


Untuk Pesanan, Tempahan Permata Raja Kayu atau Pertanyaan sila hubungi:

TABIB HABIB +6017-355 6 355



Saiz dan Bentuk Permata Raja Kayu